Monday, December 29, 2008

rahsia keayuan seOrang gadiS



1. tidur awal setiap malam dan bangun awal untuk solat subuh.

jangan tidur di siang hari

2. bercakap dengan nada yang lembut dan sopan...
bukan suara manja dibuat-buat,
tidak sengau dan tidak kuat

3 menjaga cara berkata-kata.
biasakan diri menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi
seperti 'tolong' , 'maaf' dll

4. jangan gunakan perkataan yang beremosi
seperti (menyampah,benci,sakit hati,bosan, dsb) kerana akan
membuatkan wajah lebih berkerut

5. menjaga kulit dengan banyak makan ulam, sayur-sayuran dan buah-buahan

6. menjaga kebersihan dan bau badan..
pakai wangi-wangian ttp jgn keterlaluan,
dan sabun yang tidak merosakkan kulit

7. menjaga muka dan kulit..pakai pencuci muka yang sesuai.
tangan perlu sentiasa lembut dan bersih..

8. menjaga rambut.. walaupun bertudung
kerana ia mahkota kejelitaan wanita.
bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap.
bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali
untuk menjadikan rambut lebih subur dan berkilat.
ramai lelaki suka kepada gadis yang berambut panjang tetapi kemas

9. menjaga cara berjalan. jauhi jalan mengengkang dan tangan terlalu dihayun.
langkah pula jangan terlau besar.
jangan terlalu laju. jangan terlalu bongklok dan jangan terlalu tegak.
leher jangan terteleng ketika berjalan dan muka eloklah
ditundukkan sedikit

10. SENYUM jangan SENGIH
jangan ketawa terlau kuat dan hendaklah menutup mulut ketika ketawa.
senyum biar pada tempatnya.
selalu senyum kerana ia petua awet muda yang paling baik

11. menjaga mata.
jangan terlalu liar memandang sekeliling biar kena pada tempatnya.
jangan terlalu mengerdipkan mata.
jangan terlalu menjeling walaupun kepada buah hati anda.

12. menjaga kehormatan
minta izin ibu bapa bila hendak keluar.
keluar bertemankan ibu/bapa/saudara/kawan yang boleh dipercayai
pulang awal ke rumah

13. berpakaian sopan.

14. menjaga sikap.
taat beragama.
jangan bohong.
jangan merungut dan terlalu cerewet.
jaga hati orang lain

15. menjaga gerak-geri.
bila duduk di atas lantai, duduklah dengan cara bersimpuh
bila duduk di atas kerusi, silangkan kaki..
jangan mengangkang...
apabila bercakap tangan jangan selalu digoyangkan.
cara bergerak biarlah dengan lemah-lembut.


No comments: