Thursday, January 8, 2009

SOALAN yang BIASA ditanya PANEL temuduga (~_~)

Apakah soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga?


Pada kebiasaannya dalam satu sesi temuduga, soalan wajib yang hampir
pasti ditanya ialah "Apakah yang anda tahu tentang syarikat ini?" Malah sekiranya
tidak ditanya soalan tersebut,
anda seharusnya memberitahu
panel temuduga
tentang pengetahuan anda
terhadap syarikat tersebut.


Ada beberapa cara untuk anda menyelidik atau mendapatkan maklumat sesebuah syarikat.
Antaranya:


Melalui laporan tahunan syarikat
Melalui rakan atau kenalan yang bekerja di syarikat tersebut
Melalui pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan syarikat
Melalui perpustakaan: cetakan dan kemudahan internet



Cara terbaik untuk mempamerkan atau menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa ditemuduga ialah mesra dan sentiasa tersenyum. Bagi mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ialah tegas dan suara yang jelas ketika menjawab soalan yang diberikan


Apakah yang anda patut lakukan jika diminta memperkenalkan diri anda?

Jangan cerita mengenai diri/kehidupan anda. Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu adalah lebih membantu permohonan pekerjaan anda.


Jika anda ditanya mengenai kekuatan atau kelebihan anda?

Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.

Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitkan dengan pekerjaan anda itu:

"Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya". Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut. Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurang/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.


Jika ditanya apakah jawatan anda di dalam syarikat ini dalam jangkamasa 5 tahun lagi (10-15 tahun)? Apakah yang anda ingin lakukan dengan kehidupan anda?

Seimbangkan jawapan pada soalan sebegini dengan terangkan keikhlasan, cita-cita dan keinginan anda untuk bekerja dengan syarikat ini. Elakkan dari bercakap keinginan anda untuk membuka perniagaan sendiri, mengadakan kongres dan sebagainya. Tidak perlu menceritakan perihal kehidupan personal anda samada berkahwin atau bujang tetapi lebih tekankan kepada impian dan matlamat anda untuk berjaya dengan syarikat itu.

Jawapan yang sepatutnya adalah: Ingin saya tekankan bahawa saya adalah calon terbaik untuk jawatan ini. Sekiranya anda mendapati bahawa saya layak untuk dipertimbangkan untuk jawatan lebih tinggi di masa hadapan, saya tidak mampu menolak tawaran tersebut.


Jika ditanya, pernahkah anda menghadapi apa-apa konflik bersama majikan terdahulu atau pensyarah anda?

Jangan termasuk di dalam perangkap ini. Terangkan secara jelas bahawa anda tidak pernah menghadapi konflik tersebut, dan sekiranya anda pernah menghadapinya, terangkan dengan cara paling positif.


Bagi soalan mengapa perlu syarikat ini mengambil anda bekerja?

Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan.


Bagaimanakah anda terangkan tentang jawatan yang bersesuaian dengan anda?

Pastikan bahawa jawatan yang sedang anda pohon adalah amat bersesuaian dan itulah yang menyebabkan anda menghadiri temuduga tersebut.

Adakah anda sanggup bekerja bersama dengan mereka yang berada di bidang teknologi maklumat?

"Pastikan anda sentiasa bersedia bekerja dengan mereka, kerana teknologi maklumat adalah dianggap berperanan penting di dalam setiap syarikat dan ianya mempunyai hubung kait rapat dengan hala tuju prestasi syarikat.


Apakah kualiti yang seharusnya ada pada seseorang pengurus berjaya?

Jawapan anda seharusnya terbahagi kepada dua iaitu:
1) Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan pengurusan dan operasi syarikat
2) Bagaimanakah anda mentadbir syarikat atau unit/ bahagian sekiranya anda ditugaskan.


Bagaimanakah status pendidikan anda dapat membantu kerjaya anda di dalam sesebuah syarikat?

Terangkan bagaimana kelayakan yang anda miliki amat berkhususan dengan jawatan yang dipohon dan sekiranya perlu sila juga terangkan tentang contoh-contoh pengkhususan yang telah anda lakukan.

Sumber: KEMENTERIAN sumber MANUSIA

PEnyediaan Resume (~_~)

Perkara Utama Dalam Penyediaan Resume :

Selain kelayakan akademik dan jenis pekerjaan yang dipohon, kebanyakan majikan berminat terhadap ciri-ciri kepimpinan dan / atau kerja berkumpulan, komitmen dan yang paling penting, kemahiran komunikasi yang boleh diringkaskan sebagai :


i) Berupaya menyampaikan pandangan anda dan difahami oleh orang lain.
ii) Mempengaruhi orang lain untuk menyokong pandangan anda.
iii) Berupaya mendengar pendapat orang lain supaya mereka pula boleh memberikan pandangan.


Berupaya mendengar pendapat orang lain supaya mereka pula boleh memberikan pandangan.


1. Resume bukan riwayat hidup anda
2. Jumlah halaman resume adalah tidak penting
3. Gunakan kata kerja aktif
4. Gunakan nahu, tatabahasa dan ejaan yang betul
5. Gunakan penomboran sebagai daya penarik
6. Pendidikan
7. Senaraikan kursus yang diikuti
8. Senaraikan aktiviti luar
9. Kemahiran Khusus
10. Gambar
11. Butiran Peribadi
12. Gaji
13. Rujukan
14. Jadikan permohonan anda menarik
15. Elakan resume yang standard
16. Elakkan surat iringan yang standard
17. Mulakan penyelidikan anda sekarang
18. Berhati-hati dengan laman web
dan
. Lupakan format tradisional

Sumber: KEMENTERIAN sumber MANUSIA

perseDIAAN mengHADAPI temuDUGA


karNIval kerJAya dewan Sekolah Sultan Sulaiman II

pg td aku g karnival kerjaya...mmm... mini karnival je
yela mcm sy ni kena giat la cri keje..xleh duk diam..
tp ade ckit je agensi y terlibat..
nk mintak pun xde sgt y berkenaan dgn kelulusan...
hmm...ssh juge ye
tp ade juga la kasi resume td...
hrp ade rezeki la...
dkat sana td diorang buat karnival kerjaya(luar dewan) + motivasi kerjaya(dlm dewan)..
DR. FAiz angkasawan tu ade juge...mm... tgok dr jauh je..
kalau DR. Sheikh y dtg ok gak...hehe..
tp korang pun tau kan nape die da x dijemput kan..huhu
anyway best juge g sana sbb dpt byk info....