Sunday, December 28, 2008

Laila beauTY CaRe - TeRengganu

semalam cik p singgah kedai baru abg n kak ipar
diorang buat salon,rawatan resdung,rambut n membekalkan pelbagai produk kecantikan n kesihatan..
pastu adik2 cik buat rawatan resdung...jadikla juga...
kuar hbs lendir2 ni...eyyyeeek
kirenye cntik la juga kedai diorang berbanding y sblum ni...hehe...tahniah la....
best juge ade kedai sendiri ni...
bile la cik pulak dpt buka sndiri salon n spa ni bestnye...huhu

ni cik tolong promote la....
  1. SALUN LAILA BEAUTY CARE telah mula beroperasi bermula 1 Disember 2008. Promosi facial vit-c menggunakan Microbeau akan dijalankan harga serendah rm 30 sehingga rm 120 shj. Anda di jemput hadir.
  2. MZ HERBS SUPPLY & MARKETING ditubuhkan pada 1 Disember 2008. Ia merupakan jaringan syarikat pembekal dan pengedar untuk produk-produk kesihatan selain produk Dr Azimuth Formula. Ia juga ditubuhkan bagi meluaskan lagi pasaran sedia ada bagi lain-ain produk.
  3. TERKINI ! Produk hebat untuk merawat Kanser! 4 LIFE.
  4. RAWATAN RAMBUT gugur/rambut jarang/botak/MIGRAIN boleh didapati di LAILA BEAUTY CARE sekarang!
  5. RAWATAN RESDUNG menggunakan 100% herba untuk mengeluarkan lendir dalam rongga hidung boleh didapati di LAILA BEAUTY CARE sekarang!
  6. 3 produk skincare terbaru keluaran NATURAL BIOHERBAL Dr Azimuth
  • Sunblock SPF 30
  • CoQ10 cream
  • Sensitive Skin Cleanser


p/s: for more info klik http://www.sihatcantik.com.my

salam maal HIJrah 1430

Hijrah (هِجْرَة), ataupun perpindahan, biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Setiap kali tahun Hijrah tiba, satu perhimpunan akan diadakan di Malaysia bagi menyambut tahun Hijrah yang baru. Upacara ini akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan disaksikan oleh ribuan rakyat Malaysia. Setiap tahun juga, akan diberi Anugerah Maal Hijrah kepada yang layak