Monday, December 29, 2008

BERAT BADAN IDEAL



Anda perlu mengambil tindakan untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Petua untuk mengekalkan Berat Badan Ideal
  1. Nikmatilah pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan Malaysia supaya anda dapat mengekalkan berat badan sihat. Anda akan merasa kenyang dan puas jika mengambil bilangan sajian yang disyorkan piramid makanan iaitu :-
    • 8 hingga 12 sajian nasi, roti, mee, bijirin sarapan, pasta.
    • 5 sajian buah dan sayur.
    • 1-2 sajian susu/yogurt
    • 2-3 sajian daging tanpa lemak, ayam, ikan , telur, atau kekacang.

  2. Amalkan pengambilan makanan secara sihat:
    • Elakan dari makan berlebihan
    • Makan sajian mengandungi tinggi serat
    • Kurangkan makanan bergula dan manis
    • Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng
    • Lebihkan pengambilan sayur dan buah
    • Hadkan minuman bergula dan alkohol

  3. Lakukan aktiviti fizikal untuk mengekalkan berat badan ideal anda. Aktiviti fizikal juga memberi faedah untuk kesihatan jantung dan tulang dan boleh mengurangkan stress.

  4. Sesuaikan makanan yang diambil dengan aktiviti fizikal. Sekiranya anda menggunakan tenaga yang banyak (contoh: buruh, petani dan ahli sukan), anda perlu makan lebih banyak berbanding dengan seseorang yang kerjanya kurang aktif, seperti pekerja pejabat. Nilai keperluan tenaga harian anda.
Anda perlu menentukan status aktiviti fizikal anda untuk mengira keperluan tenaga harian anda.
Kaedah mengira keperluan kalori harian anda.
a) Tentukan berat badan anda
b) Tentukan ketinggian anda



c) Tentukan status aktiviti fizikal anda.
  1. Aktiviti sebentar
    Anda menghabiskan 75% daripada waktu kerja anda dalam keadaan duduk dan berdiri. Contoh pekerja di pejabat, pekerja industri ringan, pembantu kedai, pelajar dan individu yang tidak melakukan senaman secara tetap.

  2. Aktiviti sederhana
    Anda menghabiskan 40% daripada waktu kerja anda dalam keadaan duduk dan berdiri. Contoh : guru, kakitangan di hospital, polis, jurujual dan individu yang melakukan aktiviti fizikal 2-3 kali seminggu.

  3. Aktiviti aktif
    Anda menghabiskan kebanyakan waktu kerja dalam keadaan berdiri dan berjalan. Contoh: kadet tentera, ahli sukan, buruh binaan bangunan, pekerja industri berat dan individu yang terlibat di dalam sukan lasak seperti rugbi dan bola sepak serta berjoging 3 – 4 kali semingggu
d) Kira keperluan kalori anda dengan menggunakan formula berikut.
Keperluan tenaga = Berat badan pada IJT 22 x faktor aktiviti berasaskan kepada status aktiviti fizikal
  1. Rujuk kepada contoh menu yang disedakan berasaskan kepada keperluan tenaga harian anda.
  2. Nilai semula Indeks Jisim Tubuh anda selepas sebulan.
SUMBER KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

No comments: