Monday, January 5, 2009

6 ALASAN wanita MENANGIS




~ Faktor hormon

ketika Pra menstruasi atau PMS, hormon wanita akan berubah daripada normal, seperti sering marah-marah, sulit mengatur emosi dan sangat sensitif dengan hal-hal yang sensitif dengan perasaan. Maka dari itu wanita yang sedang mengalami pra menstruasi kadang tidak dapat mengawal tingkat emosinya dan seketika meledak dan akan cepat mengalirkan air mata kerana tidak mampu mengawal emosi.



~ Ingin memanipulasi keadaan
Rasa bersalah atau malu seringkali diungkapkan oleh wanita dengan menangis, hal ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari sang kekasih agar tidak marah atau kecewa dengan dirinya. Memang hal ini tidak mencerminkan sikap kedewasaan didepan lelaki, namun sebahagian wanita yang menjalin hubungan dengan lelaki, menganggap cara ini cukup efektif untuk mendapatkan maaf atau sekadar bermanja-manja dengan kekasihnya.



~ Perasaan Emosi
ketika wanita menangis bukan kerana menstruasi, emosi menjadi puncanya. Banyak faktor yang menyebabkan wanita merasa emosi seperti frust, sakit hati atau masalah lainnya yang melibatkan perasaan. Saat perasaan emosi wanita sedang memuncak dan tidak menemukan tempat untuk mencurahkan isi hatinya, biasanya menangis menjadi solusi yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.



~ Marah & Geram
wanita menangis bukan hanya kerana sedih. menangis juga digunakan sebagi alternatif atau medium untuk seseorang wanita melepaskan perasaan geram atau marah yang terbuku dalam diri terutama apabila mereka sukar meluahkan rasa marah atau geram kepada individu terbabit. lebih2 lagi, jika individu berkenaan perlu dihormati dan tinggi kedudukannya, berbanding mereka. namun, jika ada individu yang sanggup mendengar keluhan mereka adalah lebih baik kerana ia membantu meredakan kemarahan memandangkan wanita boleh memiliki kekuatan daripada individu2 yang memahami situasi diri mereka.



~ Saat teringat sesuatu
Teringat kenangan masa silam baik itu menyenangkan atau menyedihkan tentunya pernah dialami setiap orang. Reaksinya pun akan berbeza-beza jika mengingat kenangan tersebut. Khusunya bagi kaum hawa, jika teringat kenangan manis, biasanya Ia akan tersenyum sambil mencuba kembali kemasa itu, tetapi jika teringat hal yang menyedihkan sikapnya pun boleh berubah secara tak terduga, entah itu marah atau sedih, tergantung dari situasi pada kala itu.


p/s:
menangis bagus untuk kesihatan...
ye ke???

walaupun jarang menangis, seramai 73% lelaki di AS mengakui mereka berasa amat selesa selepas mengeluarkan air mata. ini kerana menurut Dr. William, air mata mampu mengusir bahan kimia yang terhasil ketika stres. malah, air mata yang dikeluarkan akibat emosi mengandungi 24 peratus protein yang lebih tinggi berbanding air mata kesakitan kerana mampu mengusir segala toksin yang terkumpul di dalam tubuh.

syarat-Syarat untuk menjadikan sesuatu pekerjaan sebagai ibadah (^_^)




1. pekerjaan itu mestilah yang dibenarkan syarak

2.DIIRINGI DENGAN NIAT YANG BAIK DAN IKHLAS KERANA ALLAH

3. melakukan pekerjaan bersungguh-sungguh,tekun dan sehabis baik

4. MENJAGA BATAS-BATAS DAN MENGHORMATI DASAR-DASAR AKHLAK DENGAN TIDAK MELAKUKAN KEZALIMAN, PENGKHIANATAN, PENIPUAN, MELAMPAUI HAK ORANG LAIN TERMASUKLAH PENYALAHGUNAAN KEMUDAHAN, PELUANG HARTA SERTA KUASA

5. pekerjaan yang dilakukan itu tidak menghalang pekerjanya daripada menunaikan kewajipan pada ALLAH. Ini termasuk mengabaikan kewajipan terhadap ibadat khusus seperti sembahyang, zakat, puasa dan haji.

petua UNTUK girl.... (^_^)

Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30 adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur. Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah/doa selepas bangun tidur.

Kemudian:-
1. Lakukan sedikit senaman ringan.

2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilikair.

3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.

4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan sehingga ke atas kepala.

5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat kerja atau ke tempat belajar.

6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat.

7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.

8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil.

9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.

11. Selepas itu lakukan solat Zohor.

12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran. Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi.

15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat.

happy NEW YeaR

New Year Myspace Comments