Pada kebiasaannya dalam satu sesi temuduga, soalan wajib yang hampir pasti ditanya ialah "Apakah yang anda tahu tentang syarikat ini?" Malah sekiranya tidak ditanya soalan tersebut, anda seharusnya memberitahu panel temuduga tentang pengetahuan anda terhadap syarikat tersebut. |
|
|
Ada beberapa cara untuk anda menyelidik atau mendapatkan maklumat sesebuah syarikat. Antaranya: |
|
|
| Melalui laporan tahunan syarikat |
| Melalui rakan atau kenalan yang bekerja di syarikat tersebut |
| Melalui pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan syarikat |
| Melalui perpustakaan: cetakan dan kemudahan internet |
|
|
| Cara terbaik untuk mempamerkan atau menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa ditemuduga ialah mesra dan sentiasa tersenyum. Bagi mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ialah tegas dan suara yang jelas ketika menjawab soalan yang diberikan |
|
|
| Apakah yang anda patut lakukan jika diminta memperkenalkan diri anda? |
| Jangan cerita mengenai diri/kehidupan anda. Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu adalah lebih membantu permohonan pekerjaan anda. |
|
|
| Jika anda ditanya mengenai kekuatan atau kelebihan anda? |
| Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.
| Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitkan dengan pekerjaan anda itu: |
| "Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya". Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut. Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurang/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu. |
|
| | Jika ditanya apakah jawatan anda di dalam syarikat ini dalam jangkamasa 5 tahun lagi (10-15 tahun)? Apakah yang anda ingin lakukan dengan kehidupan anda? |
| Seimbangkan jawapan pada soalan sebegini dengan terangkan keikhlasan, cita-cita dan keinginan anda untuk bekerja dengan syarikat ini. Elakkan dari bercakap keinginan anda untuk membuka perniagaan sendiri, mengadakan kongres dan sebagainya. Tidak perlu menceritakan perihal kehidupan personal anda samada berkahwin atau bujang tetapi lebih tekankan kepada impian dan matlamat anda untuk berjaya dengan syarikat itu.
Jawapan yang sepatutnya adalah: Ingin saya tekankan bahawa saya adalah calon terbaik untuk jawatan ini. Sekiranya anda mendapati bahawa saya layak untuk dipertimbangkan untuk jawatan lebih tinggi di masa hadapan, saya tidak mampu menolak tawaran tersebut. |
|
| | Jika ditanya, pernahkah anda menghadapi apa-apa konflik bersama majikan terdahulu atau pensyarah anda? |
| Jangan termasuk di dalam perangkap ini. Terangkan secara jelas bahawa anda tidak pernah menghadapi konflik tersebut, dan sekiranya anda pernah menghadapinya, terangkan dengan cara paling positif. |
|
| | Bagi soalan mengapa perlu syarikat ini mengambil anda bekerja? |
| Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan. |
|
| | Bagaimanakah anda terangkan tentang jawatan yang bersesuaian dengan anda? |
| Pastikan bahawa jawatan yang sedang anda pohon adalah amat bersesuaian dan itulah yang menyebabkan anda menghadiri temuduga tersebut.
| | Adakah anda sanggup bekerja bersama dengan mereka yang berada di bidang teknologi maklumat? |
| "Pastikan anda sentiasa bersedia bekerja dengan mereka, kerana teknologi maklumat adalah dianggap berperanan penting di dalam setiap syarikat dan ianya mempunyai hubung kait rapat dengan hala tuju prestasi syarikat. |
|
| | Apakah kualiti yang seharusnya ada pada seseorang pengurus berjaya? |
| Jawapan anda seharusnya terbahagi kepada dua iaitu: 1) Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan pengurusan dan operasi syarikat 2) Bagaimanakah anda mentadbir syarikat atau unit/ bahagian sekiranya anda ditugaskan. |
|
| | Bagaimanakah status pendidikan anda dapat membantu kerjaya anda di dalam sesebuah syarikat? |
| Terangkan bagaimana kelayakan yang anda miliki amat berkhususan dengan jawatan yang dipohon dan sekiranya perlu sila juga terangkan tentang contoh-contoh pengkhususan yang telah anda lakukan. | Sumber: KEMENTERIAN sumber MANUSIA |
1 comment:
bgus tol entri neh!! berguna esp to all fresh graduate.. :)
Post a Comment