Monday, January 5, 2009

6 ALASAN wanita MENANGIS




~ Faktor hormon

ketika Pra menstruasi atau PMS, hormon wanita akan berubah daripada normal, seperti sering marah-marah, sulit mengatur emosi dan sangat sensitif dengan hal-hal yang sensitif dengan perasaan. Maka dari itu wanita yang sedang mengalami pra menstruasi kadang tidak dapat mengawal tingkat emosinya dan seketika meledak dan akan cepat mengalirkan air mata kerana tidak mampu mengawal emosi.



~ Ingin memanipulasi keadaan
Rasa bersalah atau malu seringkali diungkapkan oleh wanita dengan menangis, hal ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari sang kekasih agar tidak marah atau kecewa dengan dirinya. Memang hal ini tidak mencerminkan sikap kedewasaan didepan lelaki, namun sebahagian wanita yang menjalin hubungan dengan lelaki, menganggap cara ini cukup efektif untuk mendapatkan maaf atau sekadar bermanja-manja dengan kekasihnya.



~ Perasaan Emosi
ketika wanita menangis bukan kerana menstruasi, emosi menjadi puncanya. Banyak faktor yang menyebabkan wanita merasa emosi seperti frust, sakit hati atau masalah lainnya yang melibatkan perasaan. Saat perasaan emosi wanita sedang memuncak dan tidak menemukan tempat untuk mencurahkan isi hatinya, biasanya menangis menjadi solusi yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.



~ Marah & Geram
wanita menangis bukan hanya kerana sedih. menangis juga digunakan sebagi alternatif atau medium untuk seseorang wanita melepaskan perasaan geram atau marah yang terbuku dalam diri terutama apabila mereka sukar meluahkan rasa marah atau geram kepada individu terbabit. lebih2 lagi, jika individu berkenaan perlu dihormati dan tinggi kedudukannya, berbanding mereka. namun, jika ada individu yang sanggup mendengar keluhan mereka adalah lebih baik kerana ia membantu meredakan kemarahan memandangkan wanita boleh memiliki kekuatan daripada individu2 yang memahami situasi diri mereka.



~ Saat teringat sesuatu
Teringat kenangan masa silam baik itu menyenangkan atau menyedihkan tentunya pernah dialami setiap orang. Reaksinya pun akan berbeza-beza jika mengingat kenangan tersebut. Khusunya bagi kaum hawa, jika teringat kenangan manis, biasanya Ia akan tersenyum sambil mencuba kembali kemasa itu, tetapi jika teringat hal yang menyedihkan sikapnya pun boleh berubah secara tak terduga, entah itu marah atau sedih, tergantung dari situasi pada kala itu.


p/s:
menangis bagus untuk kesihatan...
ye ke???

walaupun jarang menangis, seramai 73% lelaki di AS mengakui mereka berasa amat selesa selepas mengeluarkan air mata. ini kerana menurut Dr. William, air mata mampu mengusir bahan kimia yang terhasil ketika stres. malah, air mata yang dikeluarkan akibat emosi mengandungi 24 peratus protein yang lebih tinggi berbanding air mata kesakitan kerana mampu mengusir segala toksin yang terkumpul di dalam tubuh.

2 comments:

DrSam said...

selalu sangat pabila tergeletek dengan perkara lucu, ketawa sampai mengeluarkan air mata.

cik_mimie said...

hehe...
xpe la menangis la sekali sekala..
luahkan perasaan..huhu
tp jgn selalu... nti org ckp lelaki lembik lak kn...