Wednesday, January 7, 2009

GOUT (~_~)

today...nothin' special..
cume pg tadi pergi teman ayah gi klinik LEE kat K.trg
die demam+gout...
korang tau ke gout ni??

Apa itu Gout?


Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

  • Serangan akut (tiba-tiba).
  • Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan ialah:-

  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).
hmm...my dad sebenarnye kuat pantang makan...
semua makanan yang disenaraikan di atas tu mmg ayah aku x ambil
tp bile terliur nk mkn...
mmg selamat la..esoknye mmg xleh jalan u..
bengkak hbs lutut smp kaki...
my dad ckp sebenarnya gout ni boleh jd keturunan..
because my lately grandfather and uncle pun ade...
hmmm...so mybe aku tergolong juga nnti
minta jauhkanlah...amiiiin....
dan ramai org kampung ayah aku ni mati punca gout..
tp tu semuanya kuasa ALLAH y maha ESA

5 comments:

Mis Diba said...

menakotkn penyakit neh..diriku plak xley mkn seafood coz allergic...hope ur dad will be fine k!! byk2 berdoa.. :)

cik_mimie said...

ok...thanks...
sy pun suka mkn seafood..huhu

DrSam said...

penyakit ni setahun sekali akan datang melawat saya. biasanya selepas raya (makan rendang banyak sangat) atau selepas main golf yang intesif (dehidrasi). sudah 4 tahun.

mula-mula tu ingatkan ibu jari sakit tersepakkan apa. punyalah sakit. pergi klinik, nak tergelak dr yang merawat.

cik_mimie said...

mm..pelik juga ye penyakit gout Drsam ni...
setahun sekali yer?
bis tu ape y ade dlm rendang tu smp kena gout?

along said...

saya ada sakit gout dan bila ia menyerang mmg sakit dan owg gout jea seksanya nk berjalan