Friday, January 9, 2009

DESa Murni PEngadang baRu K.TRG

ptg td sempat lg singgah di Desa Murni kat pengadang Baru..
saje tgok2 kot ade kain or tudung y berkenan di hati..hehe
lgpun tmpat tu murah berbanding kat lain.. selalu ade sale..
hehe...mak kebas 3 kain pasang..
biasala menambahkan koleksi bju kurung dlm almarinye..
buat mengajar katenye... huhu...
try juga cari pic kedai tu dlm ternet tp xde..
cume ade kat newspaper utusan je berkenaan ngan sale...
bacala kalau rajin..hehe
n kalau org luar dtg ke TRG..dtgla singgah DESA mURni...
selain beli khepok lekor ni...


dipetik dari utusan online-TIMUR

ARKIB : 24/12/2008

Tudung Sarimah Labuci 5 sen sehelai


SEORANG pembeli mencuba tudung Sarimah Labuci berharga 5 sen di pusat jualan pakaian Desa Murni, Pengadang Baru, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Ketika ramai peniaga masih 'liat' menurunkan harga barang walaupun harga petrol sudah turun, sebuah syarikat perniagaan kain mengambil tindakan sebaliknya, dengan menjual tudung pada harga semurah lima sen.

Percaya atau tidak, itulah harga yang diletakkan oleh syarikat Desa Murni ketika mengadakan promosi untuk pembelian tudung yang dikenali sebagai tudung Sarimah Labuci.

Pengurus syarikat itu, Suhaimi Embong berkata, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan ketika promosi tudung berkenaan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula 6 Disember lalu.

''Sebanyak 300 helai tudung yang dipamerkan pada setiap Sabtu habis dijual di tiga kedai kami di Batu Enam dan Pengadang Baru di Kuala Terengganu dan DM Pemborong di Kuala Berang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, tujuan promosi itu diadakan adalah untuk memperkenalkan perniagaan syarikat berkenaan selain untuk memberi peluang masyarakat setempat memperoleh tudung berkenaan pada harga paling minimum.

''Strategi perniagaan kami adalah memfokuskan kepada golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan, jadi kami menjual barang jualan dengan harga yang murah," ujarnya.

Beliau memberitahu, walaupun tidak mendapat keuntungan daripada promosi itu tetapi hasrat syarikat untuk beramal berjaya dilaksanakan.

''Kami tidak memikirkan sangat mengenai keuntungan walaupun tudung ini pada asalnya berharga RM2.50.

''Untuk tudung jenis lain, kami juga menjualnya dengan harga yang rendah walaupun kami boleh meningkatkan harganya berdasarkan sambutan yang diterima sekarang," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelanggan yang ditemui di Pengadang Baru, Mahani Abdullah, 47, berkata, dia datang membeli tudung berkenaan untuk anak- anaknya.

''Saya selalu datang membeli tudung di sini dan dengan promosi ini saya akan membeli lebih sedikit," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Kulim, Pengkalan Berangan, Marang.

9 comments:

DrSam said...

salam,

muroh nye tudung 5 sen. boleh borong gitu.

anyway, terimakasih kerana ucapan harijadi di blog saya.

Mis Diba said...

ish3!! gle murah tudung tuh..1st tyme jmpe brg semurah 5 sen..hehe

cik_mimie said...

haa...tula..
mmg murah
ptg kemaren sy g pun mmg da hbs tudung 5sen. y tgal y hrga rm2.90 ke atas..
dtgla ke desa murni ye diba klau dtg ganu..hehe

cik_mimie said...

sama2 DrSAm... semoga pnjg umo muroh rezeki..

Kaiser said...

salam,,,,saya nok gok pegi desa murni..pah ni lo saya nok g...memang muroh2 ke kat ctu...?????????

sue said...

x saba nk balik ganu...huuh

mama aleeya said...

mmg murah giler2 weh...rugi klu sape x dtg sini bli weh!!! kain pasang pun lawa2 murah2..tudung..bju melayu dewasa, knk2...nak tlis byk sngt ler..bab kate mcm2 ader weh...!!rambang mate tgk..dtg jgn xdtg...

Burda Bar said...

I make original designs of Swarovski and Korean rhinestones for scarves. I would like to offer you my products exclusively as I have no vendors in Trengganu for now. Give me a call at 017 672 0044 to arrange an appointment. Regards. Wish you Ramadhan Kareem.

rossarazak said...

Salam. Macamana nak dapatkan no telefon Desa Murni. Mohon respon untuk jawapan.