Saturday, February 14, 2009

EFFA:: Happy birthday::

ALLAH selamatkan kamu..
ALLAh selamatkan kamu...

~happy birthday to you~
~happy birthday to you~
~happy birtday to effa~
~happy birthday to you ~~~

hari ni..birthday adikku effa....
14 February
gi SEKAYU waterfall...
mkn kek and nasi goreng aje..
simple..
xpe..tp best..lama x g kelah ngan famlily..

best juga..
tp xmandi laa...
rugi juga...

kpd eFFA..
slmt hari jadi..
moga murah rezeki..
panjang umo
moga apa y dihajati akan termakbul..
amiiiinn...


my dear sister :)

Wednesday, February 11, 2009

::did Tuition class::

best juga mlm td buat class tuition kat SK bukit payong..
ala dekat aje ngan kampungku.
saje buat part time..
dr pukul 8.15pm smp 10pm..
ajar budak year 4
topic fractions..
mm...comel budak2 ni...
baik..dengar kata...
huhu...
bagus2x
i'm trying to be a great teacher someday :)


::MEdSI::

MEdSI

Apa itu MEdSI?

  • Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).
  • Ujian MEdSI adalah satu ujian untuk menilai samada ada calon layak untuk mengikuti kursus perguruan.
  • Ujian ini adalah untuk memastikan calon yang memohon betul-betul berminat untuk mejadi guru dan mempunyai kebolehan untuk mengajar.
  • Semua calon yang memohon kemasukan program ijazah sarjana muda pendidikan di universiti awam mesti melalui dua peringkat tapisan, iaitu ujian Medsi dan temu duga

Syarat-syarat menduduki MEdSI

  • Pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan setaraf yang layak, akan menghadiri ujian MEDSI.
  • Pemohon yang memenuhi Syarat AM dan Syarat Khas Program Pendidikan di IPTA sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki Ujian MEdSI ini.

Panduan MEdSI

  • Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web mulai 13 April 2009 di www.mpm.edu.my
  • tarikh mendudukiMEdSi untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009
  • NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web www.mohe.gov.my
  • SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).
  • TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  • MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line
  • Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  • Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.
  • JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.
  • Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.
  • Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.
  • Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

4 komponen khusus MEdSI uji calon guru

  1. Menyaring calon yang memiliki ciri pendidik berkualiti.
  2. Personaliti sesuai sebagai guru, termasuk perwatakan dan penampilan yang menepati keperluan profesion berkenaan.
  3. Mengenal pasti calon yang benar-benar meminati bidang kerjaya berkenaan, bukan sekadar menyertainya sebagai pilihan terakhir kerana masalah pengangguran.
  4. Nilai integriti yang merupakan antara aspek penting untuk menjadi guru berwibawa dan mampu menjana kecemerlangan pelajar.

Perbezaan Mtest, MEdSI, INSAK

  • Mtest - untuk pemohon yang memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah(KPLI) di bawah Maktab Perguruan
  • MEdSI - untuk pemohon yang memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan/Diploma Perguruan Lepasan Ijazah(DPLI) di IPTA
  • INSAK - untuk pemohon yang memohon KPLSPM di bawah Maktab Perguruan

Monday, February 9, 2009

::DPLI dah keluar::

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH
dah kuar..

Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian untuk mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI) :

BIDANG (GURU SEKOLAH MENENGAH):
-Sejarah
-Pendidikan Jasmani
-Geografi
-Pengajian Am
-Kaunseling
-Seni / Seni Visual
-Perdagangan / Perniagaan
-Pendidikan Moral
-Muzik
-Sivik & Kewarganegaraan
-Guru Al-Quran KAA
-Pendidikan Islam
-Pendidikan Khas
-Elektrik dan Elektronik
-Amalan Bengkel Mesin
-Kimpalan
-Automatif
-Penyejukan Penyamanan Udara
-Binaan Bangunan
-Ekonomi Rumah Tangga
-Sains Pertanian
-Computer Programming
-Kemahiran Teknikal
-Perdagangan / Keusahawanan
-Tanaman Makanan
-Lukisan Kejuruteraan
-Bahasa Arab
-Bahasa Cina
-Kesusasteraan Cina
-TESL

PENEMPATAN:
IPTA yang menawarkan DPLI:
- UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UIAM, UMS, UPSI, UiTM, UTHM, USIM dan UDM.
(Calon guru akan ditempatkan selama setahun di universiti tersebut mengikut bidang masing-masing)

* Calon akan menerima elaun sama seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

* Calon yang berjaya menamatkan kursus akan ditempatkan di sekolah menengah & vokasional

SYARAT AM
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan.
-Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK (CGPA) sekurang - sekurangnya 2.75
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai
-Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai
-Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
-Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.

SYARAT KHAS PROGRAM
-Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my

-Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.

-Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

SYARAT TAMBAHAN
-Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah (skrol) sahaja yang akan dipertimbangkan.

-Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

-Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.

-Sila semak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

-Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 12 Mac 2009.

Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
-Maklumat Permohonan
-Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
-Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa
-Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
-Akuan majikan (Jika Berkaitan)
-Salinan Transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda bagi 6 semester
-Salinan Ijazah/Skroll (jika ada)
-Salinan sijil Diploma/Sijil SPM
-Ujian MEdSI dan Temuduga

Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temuduga yang ditetapkan.

Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 13 April 2009 melalui laman web http://www.mpm.edu.my. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

Panggilan temu duga boleh disemak mulai 11 Mei 2009 melalui laman web http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my

Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Catatan:-

-Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.

-Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

CARA MEMOHON:
Untuk memohon, beli no. PIN dengan no. Mykad anda dengan harga RM20.60 di mana-mana Cawangan BSN atau Mesin ATM GIRO BSN.
Pilih Menu GURU > NO. PIN

TEMPOH PERMOHONAN:
9 Februari 2009 sehingga 9 Mac 2009.

Isi Borang Permohonan On-line di:
http://www.upu.mohe.gov.my

Tarikh Tutup: 9 Mac 2009

Wednesday, February 4, 2009

::SEKOLAH vs IPT::

mm...bile diperhatikan..
mmg ade pro and contra di antara zaman persekolahan dan zaman universiti.
semakin besar semakin bagus?atau semakin besar semakin teruk?
ade yang berhijrah ke arah kebaikan..
dan ade yang x..jom kita tgok..

mintak izin keluar kelas

sekolah:
"Teacher, may I go out?"

ipt :
gedegang!!!! bunyi pintu kuliah ade org nak kuar..
entah nk gi toilet,entah nk g beli makanan,
nk jumpa makwe/pakwe,
nk draw duit kat bank jap.
nk tepon..
atau nk hisap rokok.. heheh

ucap pemulaan selamat

sekolah:
semua bangun!! assalamualaikum cikgu!!

ipt:
pensyarah masuk..
"ok selamat pagi semua.. assalamualaikum"..bla..bla..
student masa tu ade yang tengah lentok pun ade..
xsedar pun lecturer masuk.. hahaha

siapa yang tunggu siapa?

sekolah:
eh cikgu datang la.. cepat masuk kelas!!!

ipt:
lecturer dah mengajar setengah jam da kat depan..
nah..segerombolan datang bru masuk kuliah..
lecturer xkisah pun.. lantak la..
hehe..

uniform

sekolah:
biasalah baju sekolah..ade ahli biasa.. pengawas..pustakawan..pengawas pusat sumber.
baju ko-kurikulum lak wajib pakai..kalau x kena denda round padang.. hehe..

ipt:
yang lelaki baju t-shirt sempoi da la... selipar jepun.. ala.. bukan ade org marah pun..
yang pempuan lak ada yang bergaya..kadang mengalah lecturer..
xkenal yang mana satu lecturer atau student.
dan y slumbernya xmalu pakai seksi-meksi.. huh..

kerja sekolah vs assignment

sekolah:
kerja sekolah mesti siapkan kalau x cikgu denda.. malu beb..
kalau boleh nk siapkan masa subjek cikgu tu jugak..

ipt
ala lantakla..assgnment prof nk minggu dpan..bulan depan..
last minit.."weih ko da siap lum assignmet? aku nk pinjam"..
pastu si kwn y satu lagi ni dengar ape lagi.. "nk pinjam lepas kau"..
hahaha..pinjaman berantai namanya..

rujukan

sekolah:
buku rujukan ade yang cikgu belikan atau mak ayah..
beli suratkhabar DIDIK la..bagus2!!

ipt:
xyah beli..buang duit je..haha
cari kat internet dah berlambak..
pastu gi library kita fotostat.. fuhh..jimat duit..
hihi

beg

sekolah:
macam2 bentuk..ade superman.. spiderman..
dan siap boleh heret lagi..
balik rumah sengal bahu galas beg yang berat tuh..

ipt:
kadang2 xbw beg pun..
kertas n pensil da cukup..huhu..
tp kebanyakan bwk fail n pencil case je..

waktu

sekolah:
pukul 6 pg bagun smbhyg subuh..
terus mandi bersiap2 pergi sekolah..
7.30 kalau lambt sampai pengawas ambil nama..huhu

ipt:
kuliah start kul 9/10 dan ade yang start ptg..
kdg2 tula student ramai smbahyang subuh dinasour..
dan ade juga xsmyang langsung..adoi..

hari guru

sekolah:
"cikgu, selamat hari guru!"
macam2 hadiah yang cikgu dapat dari murid2 diorang..
cikgu bukan nk hadiah mahal2 pun..
cikgu rasa amat dihargai walaupun murid memberi sebatang pen.

ipt:
"eh..bile hari guru xsedar pun"..
"ala xyah ucapla..hari guru..bukan hari pensyarah.." hehe
tp ade juga y xlupa just ucap melalui emel or sms je..

p/s:
okla satakat tu saje yang terlintas di fikiran..
nnti kalau ade lagi sy add..hehe
tapi ade jugak pelajar ipt bukan mcm tu..huhu..

tagged BY missdiba :)

here’s the rule :
Use Google Image to search the answers to the questions below.
Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer.
After that tag 7 people.

1. the age of next birthday = 23



2. place i'd like to travel= Makkah



3. a favourite place = beach



4. nickname i had = mimie



5. a favourite color = purple Pink


6. a favourite food = KUEH TEOW LADNA



7. college major = Computational Mathematics


8. name of my love = nOBODY :p



9. a hobby = surfing internet




10. a bad habit = Forgot (same to Diba)



11. my wish list = success in life



11. i tag:

effa
S90
kiyin
kuntong
YnaaOhYnaa
kak long
anybody who loves tag.. huhu

Wednesday, January 28, 2009

peminta sedekah



mm...peminta sedekah..??
mmg byk sekarang org y meminta sedekah sekarang ni..

Dia orang ni hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sangat kesian sampaikan diherdik dan dihina oleh orang lain bila pergi meminta sedekah. Sedangkan dia orang ni cuma nak makan untuk alas perut pun jadi la. Ada pulak yang nak tanggung anak-anak kecik lagi. Kalau tinggalkan anak-anak tu untuk pergi kerja, siapa yang nak jaga budak-budak tu..

dan ada juga y peminta sedekah ini dr kalangan OKU...hmm..kat trganu ni byk juga kalau dilihat di pasar2 malam...pasar payang..
tp yang buruknya kadang2 diorang mencacatkan pemandangan jika ada pelancong asing kn..
tp tula dipikir2 mmg kesian..tgn y memberi labih baik dr y menerima kn..

tp y aku duk geram nih..time org y sama masuk laman rumah..pastu buat muka seposen..
mcm2 alasan y diberi..

1.
kump. peminta sedekah dr kalangan org asing..entahla mcm bangladesh..
dibawanya anak-beranak..merayu2 minta sedekah.. alasannye nk byar bil hospital anak..
aik...bil hospital? hospital kerajaan free je kn.. itu xpe..kasi la jugak duit...
tp pelik y dah trm duit tu dah pergi..y ahli keluarga die ni xgerak lg..
pelik juga
rupanya...nk duit lagi..amboi!!!sedapnya die...ingt dah kasi duit td diorang lehla share..
sbb stu kuarga kn...ni xleh jadik ni...kalau 10 org ahli kuarga die x ke best diorang leh jd millionaire hasil minta sedekah rumah org..hik..hik..tp tulah.. kalau xkasi..mmg xgerak tau.. kasila jugak..adoi...biarlah.. tp kump ni mmg dah aku kenal da muka diorang ni... sama je tiap kali dtg..

2.
y ni kes tipah tertipu..
haha..dtg sorg pemuda berpakaian biasa memberi salam nk duit dtg dari jauh..
jalan kaki..
n beri alasan y plg kelakar..
sakit perut..heheh
tp tula ayah aku kasi juga..
rupa2 nya bile dah kuar.. lalu motor RXZ rempit depan rumah..
laa..penipu besar rupenya....sakit perut konon.. jln kaki.. haprak!!!
tipah tertipu!!!

golongan2 gini sebenarnya y menghancurkan negara..
diorang tu bukan ape..
mls kerja...ade keupayaan dan kemampuan boleh kerja tp nk minta simpati org..
lainla kalau mmg btul2 susah..
sbb diorang tau sebenarnya rakyat malaysia sbnrnya pemurah kn...

tp dulu my mum citer.. org minta sedekah dulu biasanya dr golongan muallaf.
pastu org dulu2 xkasi duit.. tp diorang kasi beras..pelik jugak kan.
tp ade syarat pulak..
muallaf tu mesti bc ayat2 quran dulu bru pass nk amik beras..
hape lg..mmg muallaf dulu slalu hafal la ayat2 quran..even Al-Fatihah pun boleh pass mintak sedekah..
tp diorang ni juga mencemarkan nama baik ISLAM sebenarnya..
dulu time jd cina.. kaya-raya.. leh jd tauke besar..
tp bile dah msuk ISLAM... xnk berusaha..jd peminta sedekah... adoi..
hmm....teruk betul.. tp ade juga y sesetengah muallaf tu mmg betul2 susah..
dibuang keluarga n xde pekerjaan... y tu mmg xdpt disangkalkan lg...

so, pada y pernah berpura2 miskin or cacat tu bercita2 nk jadi peminta sedekah tu buangkan tabiat tu..berusahalah..nescaya ALLAH akan tunjukkan jalannya.
Bak kata orang, hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

temuduga :)

salam sumer..
sori lame xde entry baru..
actually sy ade temuduga ahad 1/2/09 ni..
skrg ni bz dok kumpul bhn utk dibaca..
preparation makes perfect...heheh
xpelah kite ikhtiar.. ALLAh yang tentukan segalanya...
mm..anyway korang doakan sy berjaya yer...
tq....

Saturday, January 17, 2009

::EMAIL dari kwan::

Laici, mushrooms and sos ikan tu mcm penah je ade kat umah kite..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullah kita banyak2. Entah berapa kilo dan benda2 ni espsecially buah Lychee tu yg dah
kita telan dgn begitu lazat.Tau-tau adalak campur benda2 haramtu..
Tak tau nak makan apa dah. macam2 lani..makan biscuti ada melamine.. makan buah2 dlm tin ada extract khinzirlah.

Apapun kita hati2lah jgn beli dan suapkan ke mulut kita dan anak2.


KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati
website


http://www.halaljakim.gov.my/

HARAP DIHEBAHKAN & BOIKOT ....................FORWARDDDDDDDD

::bleber lagi::

while i'm blogging, aku bru pas kuar dr bandar... hantar adikku ke UDM..
Wah, memang meriah bandar KT!
kalau hari raya xdela semeriah ni...
kitorang dengar keputusan pilihanraya dlm kete je..
blk dr UDM kitorang lalu jambatan SULTAN Mahmud..
mmg sesak dgn masing2 kenderaan membawa bendera menandakan kemenangan mereka...
hon y bertalu2 sengaja dibunyikan... mmg meriah...
sepanjang jalan di Jambatan tu anak2 muda berkumpul dgn motor2 rempit mereka smbil mengibar2 bendera..
polis pula hanya tersenyum... agaknya dlm hati mereka... biarlah!!!
kitorang singgah di mydin mall... nk beli brg dapur ckit.. aku duk je dlm kete.. tggu..
smbil melihat suasana mlm y meriah.... tidak kira lori, motosikal, kereta buruk, kereta mewah sama2 berkonvoi dan berarak kemenangan...
bising dgn hon y bersahut-sahutan...wah... mmg meriah..
tp dlm pada ms y sama aku terpandang ada seorang lelaki memberhentikan kereta untuk mengutip bendera2 UMNO dan BN...
dlm perjalanan pulang ke BUKIT PAYONG (tmpat tggalku)
smpat juga melihat pakcik2 yang berkopiah mengibar2kan bendera PAS..
tu xpe lagi..
smp stu masa aku terpandang barisan makcik2 y aku rasa dah 50an bersemangat mengibarkan bendera mereka...
sebuah lori lagi lalu...dengan penuh bendera PAS dan juga anak2 muda di dalamnya berdiri sambil bersorak kemenangan... uiii... dasyat!!! agak2 diorang mmg xtido la mlm ni...
dan smp ke markas BN suasana amat suram sekali....y tggal hya polis y mengawal kesesakan lalulintas... org2 BN dr negeri lain agaknya sudah berangkat pulang...
kita tggu dan lihat apa y akan direncanakan oleh pihak ini setelah menang... hrp2 jgn hya pndai bersorak shj....heheh...
tp yela aku msh mentah lg dlm dunia politik ni... pape pun msg2 ade kelemahan n kebaikan sendiri.. lu pikila sendiri... assalamualaikum..(pnjm ye nabil..)

:: MY lovely MUM's BIRTHday::

lama dah x update blog ni..
hehe bkn pe..hujung minggu ni byk kuar..
lgpun hari jumaat 16 JAnuary birthday my mum...
so wishing u all d best mum!!
hadiahnya merupakan sebuah banglo dan sebuah kereta mewah 10 pintu..
hahaha....tupun nntila kalau jd JUTAWAN..
mmm...stakat ni anakandamu hanya mampu menghadiahkanmu kain pasang..
sebab kutahu mmg dirimu sk memakai baju kurung untuk dipakai ke sekolah...
hehe... berlatarkan pink gelap dan dihiasi dengan daun2 kehijauan... kupasti mak akan sukakannya... dan ternyata mmg mak sukakannya.. smp terguling2 dan melonjak kegembiraan(haha...rekaan semata2)...
mak... kuberharap moga tahun ini walaupun meningkat setahun umur..
tetapi aku harap kau akan tetap kuat untuk menemani aku dalam kegelapan....
moga selalu dimurahkan rezeki dan selalu beroleh kesenangan dan kebahagian tidak kira di mana dikau berada..
dan jgn lupa doakan aku supaya lekas dpt kerja dan jodoh sekali... ahaks!! hehe..xdela main2 je...
byk pulak aku mengarut ni...dahla...
last but not least.. i LOVE YOU MAK!!




Tuesday, January 13, 2009

::BLOG::

Bukan buang masa untuk memanjakan diriku untukmu wahai blog
B
iarkan apa orang kata walaupun dirimu buruk wahai blog


Luahan hati dan rasaku hanya untukmu wahai blog
L
upakan yang lain just for you blog


Oh, blog..kaulah penawar dan dan peneman hidupku,blog!
Orang yang tiada dirimu blog...alangkah ruginya...

Gunakan blog untuk yang baik2 sahaja
G
eram,gusar,ge
mbira,gundah... di sinilah...tempatku..

nukilan
i love you blog!!...heheh..

first time kene tag nih.. thanks DIBA (~_~)


thanks to diba sudi mengetag kan diriku ni..hehe
sebenarnya tanya diba dulu tuh.. mane taula cik mimie y lain..
malu kalau salah.hihi....
n kepada y disenaraipendek itu silalah jwb tag ku itu...


7 CIRI-CIRI WANITA/LELAKI IDAMAN ANDA

1. beriman
2. penyayang
3. matang (lebih tua dariku).. :D
4. pandai menguruskan kewangan
5. pandai ambil hatiku n org tuaku
6. low profile
7. biasa saje..
pssttt!!! ade ke org laki gini skrg??? heheh

7 CIRI-CIRI WANITA/LELAKI YANG ANDA TAK SUKA
1. mungkir janji (mmg berlambak da jumpa)
2. penipu
3. miang
4. berlagak
5. tidak sensitif dgn perasaan orang lain
6. kaki pukul (igt hebat sgtla tuh!!)
7. terlalu sosial

7 ORANG YANG ANDA PERNAH MINATI SEPANJANG HIDUP
1. Rasulullah s.a.w
2. ayahku

3. ibuku
4. syeikh muszaphar
5. Dr irfan Khairi
6. Fizz fairuz
7. zizan (lawok ganu kiter)


7 PERASAAN SEKIRANYA KELUAR DENGAN ORANG YANG ANDA MINATI
1. malu2 kucing
2. asyik tunduk
3. senyum jela... kurang bercakap
4. berdebar
5. happy
6. rasa xnk balik (boleh ke??)
7. teruja

7 TEMPAT ISTIMEWA YANG INGIN DILAWATI BERSAMA PASANGAN
1. mekah
2. korea
3. jepun
4. singapura
5. pulau y cantik di MALAYSIA
6. amerika (nk belasah bush) hahaha
7. semua tmpat kat ganu (lum hbs jelajah lg pon)

7 BARANG ISTIMEWA YANG AKAN DIHADIAHKAN KEPADA PASANGAN
1. minyak rambut
2. perfume
3. sikat
4. baju
5. seluar
6. stokin
7. kasut

istimewa ker tuh??ngeh3x..kire complete la tuh..satu persalinan...


7 TAJUK LAGU YANG AKAN ANDA NYANYIKAN UNTUK PASANGAN
malu nk nyanyi....heheh suara sedap sgt..

7 RAKAN YANG ANDA AKAN TAG
1. ifa (adikku)
2. kak long (wani)
3. sirNIK
4. DrSam
5. ateh
6. so omar
7. kuden

Sunday, January 11, 2009

hati2 dgn HOLY WATER

sekarang kristian sedang aktif di SEREMBAN n SELANGOR dan kian pesat ke negara lain..
1900 org paderi melayu yang baru tiba dari sigapura berada di sini. hati2 dgn air mineral
  • al-baramkah
  • al-mansori
  • al-bistaria
  • al-mansur
  • al-mubarakh
  • al-bestari
air tersebut telah ditambah dengan holy water..
tolong sebarkan kpd UMAT ISLAM.
air ini boleh mengakibatkan lidah keras dan kelu untuk menyebut kalimah ALLAH...

p/s:
sms dr saudara pg tadi. Tidak pasti samaada maklumat ini sahih atau tidak..
cuma kita harus berhati2 dgn segala helah org kafir laknatullah y sememangnya bencikan umat ISLAM sejak dulu lagi..
nauzubillah..

klik untuk

Saturday, January 10, 2009

pesanan UNtuk MUslim Sedunia..

Pemimpin Hizbullah, Libanon, Syed Hasan Nasrallah meminta seluruh Muslim utk melafazkan Quran, malam ini
  • Surah Al-Fath ayat 26-27
  • surah Yunus ayat 85,86
tolong sebarkan, agar Israel hancur.
forward kepada seluruh umat Islam.
Di sana saudara seagama telah dikepung tunggu masa untuk disembelih...



p/s: sy dpt sms ni drp kwn pg td....

Friday, January 9, 2009

DESa Murni PEngadang baRu K.TRG

ptg td sempat lg singgah di Desa Murni kat pengadang Baru..
saje tgok2 kot ade kain or tudung y berkenan di hati..hehe
lgpun tmpat tu murah berbanding kat lain.. selalu ade sale..
hehe...mak kebas 3 kain pasang..
biasala menambahkan koleksi bju kurung dlm almarinye..
buat mengajar katenye... huhu...
try juga cari pic kedai tu dlm ternet tp xde..
cume ade kat newspaper utusan je berkenaan ngan sale...
bacala kalau rajin..hehe
n kalau org luar dtg ke TRG..dtgla singgah DESA mURni...
selain beli khepok lekor ni...


dipetik dari utusan online-TIMUR

ARKIB : 24/12/2008

Tudung Sarimah Labuci 5 sen sehelai


SEORANG pembeli mencuba tudung Sarimah Labuci berharga 5 sen di pusat jualan pakaian Desa Murni, Pengadang Baru, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Ketika ramai peniaga masih 'liat' menurunkan harga barang walaupun harga petrol sudah turun, sebuah syarikat perniagaan kain mengambil tindakan sebaliknya, dengan menjual tudung pada harga semurah lima sen.

Percaya atau tidak, itulah harga yang diletakkan oleh syarikat Desa Murni ketika mengadakan promosi untuk pembelian tudung yang dikenali sebagai tudung Sarimah Labuci.

Pengurus syarikat itu, Suhaimi Embong berkata, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan ketika promosi tudung berkenaan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula 6 Disember lalu.

''Sebanyak 300 helai tudung yang dipamerkan pada setiap Sabtu habis dijual di tiga kedai kami di Batu Enam dan Pengadang Baru di Kuala Terengganu dan DM Pemborong di Kuala Berang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, tujuan promosi itu diadakan adalah untuk memperkenalkan perniagaan syarikat berkenaan selain untuk memberi peluang masyarakat setempat memperoleh tudung berkenaan pada harga paling minimum.

''Strategi perniagaan kami adalah memfokuskan kepada golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan, jadi kami menjual barang jualan dengan harga yang murah," ujarnya.

Beliau memberitahu, walaupun tidak mendapat keuntungan daripada promosi itu tetapi hasrat syarikat untuk beramal berjaya dilaksanakan.

''Kami tidak memikirkan sangat mengenai keuntungan walaupun tudung ini pada asalnya berharga RM2.50.

''Untuk tudung jenis lain, kami juga menjualnya dengan harga yang rendah walaupun kami boleh meningkatkan harganya berdasarkan sambutan yang diterima sekarang," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelanggan yang ditemui di Pengadang Baru, Mahani Abdullah, 47, berkata, dia datang membeli tudung berkenaan untuk anak- anaknya.

''Saya selalu datang membeli tudung di sini dan dengan promosi ini saya akan membeli lebih sedikit," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Kulim, Pengkalan Berangan, Marang.

Thursday, January 8, 2009

SOALAN yang BIASA ditanya PANEL temuduga (~_~)

Apakah soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga?


Pada kebiasaannya dalam satu sesi temuduga, soalan wajib yang hampir
pasti ditanya ialah "Apakah yang anda tahu tentang syarikat ini?" Malah sekiranya
tidak ditanya soalan tersebut,
anda seharusnya memberitahu
panel temuduga
tentang pengetahuan anda
terhadap syarikat tersebut.


Ada beberapa cara untuk anda menyelidik atau mendapatkan maklumat sesebuah syarikat.
Antaranya:


Melalui laporan tahunan syarikat
Melalui rakan atau kenalan yang bekerja di syarikat tersebut
Melalui pelanggan dan pembekal yang berurusan dengan syarikat
Melalui perpustakaan: cetakan dan kemudahan internet



Cara terbaik untuk mempamerkan atau menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa ditemuduga ialah mesra dan sentiasa tersenyum. Bagi mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ialah tegas dan suara yang jelas ketika menjawab soalan yang diberikan


Apakah yang anda patut lakukan jika diminta memperkenalkan diri anda?

Jangan cerita mengenai diri/kehidupan anda. Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu adalah lebih membantu permohonan pekerjaan anda.


Jika anda ditanya mengenai kekuatan atau kelebihan anda?

Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon.

Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitkan dengan pekerjaan anda itu:

"Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya". Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut. Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurang/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu.


Jika ditanya apakah jawatan anda di dalam syarikat ini dalam jangkamasa 5 tahun lagi (10-15 tahun)? Apakah yang anda ingin lakukan dengan kehidupan anda?

Seimbangkan jawapan pada soalan sebegini dengan terangkan keikhlasan, cita-cita dan keinginan anda untuk bekerja dengan syarikat ini. Elakkan dari bercakap keinginan anda untuk membuka perniagaan sendiri, mengadakan kongres dan sebagainya. Tidak perlu menceritakan perihal kehidupan personal anda samada berkahwin atau bujang tetapi lebih tekankan kepada impian dan matlamat anda untuk berjaya dengan syarikat itu.

Jawapan yang sepatutnya adalah: Ingin saya tekankan bahawa saya adalah calon terbaik untuk jawatan ini. Sekiranya anda mendapati bahawa saya layak untuk dipertimbangkan untuk jawatan lebih tinggi di masa hadapan, saya tidak mampu menolak tawaran tersebut.


Jika ditanya, pernahkah anda menghadapi apa-apa konflik bersama majikan terdahulu atau pensyarah anda?

Jangan termasuk di dalam perangkap ini. Terangkan secara jelas bahawa anda tidak pernah menghadapi konflik tersebut, dan sekiranya anda pernah menghadapinya, terangkan dengan cara paling positif.


Bagi soalan mengapa perlu syarikat ini mengambil anda bekerja?

Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan.


Bagaimanakah anda terangkan tentang jawatan yang bersesuaian dengan anda?

Pastikan bahawa jawatan yang sedang anda pohon adalah amat bersesuaian dan itulah yang menyebabkan anda menghadiri temuduga tersebut.

Adakah anda sanggup bekerja bersama dengan mereka yang berada di bidang teknologi maklumat?

"Pastikan anda sentiasa bersedia bekerja dengan mereka, kerana teknologi maklumat adalah dianggap berperanan penting di dalam setiap syarikat dan ianya mempunyai hubung kait rapat dengan hala tuju prestasi syarikat.


Apakah kualiti yang seharusnya ada pada seseorang pengurus berjaya?

Jawapan anda seharusnya terbahagi kepada dua iaitu:
1) Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan pengurusan dan operasi syarikat
2) Bagaimanakah anda mentadbir syarikat atau unit/ bahagian sekiranya anda ditugaskan.


Bagaimanakah status pendidikan anda dapat membantu kerjaya anda di dalam sesebuah syarikat?

Terangkan bagaimana kelayakan yang anda miliki amat berkhususan dengan jawatan yang dipohon dan sekiranya perlu sila juga terangkan tentang contoh-contoh pengkhususan yang telah anda lakukan.

Sumber: KEMENTERIAN sumber MANUSIA

PEnyediaan Resume (~_~)

Perkara Utama Dalam Penyediaan Resume :

Selain kelayakan akademik dan jenis pekerjaan yang dipohon, kebanyakan majikan berminat terhadap ciri-ciri kepimpinan dan / atau kerja berkumpulan, komitmen dan yang paling penting, kemahiran komunikasi yang boleh diringkaskan sebagai :


i) Berupaya menyampaikan pandangan anda dan difahami oleh orang lain.
ii) Mempengaruhi orang lain untuk menyokong pandangan anda.
iii) Berupaya mendengar pendapat orang lain supaya mereka pula boleh memberikan pandangan.


Berupaya mendengar pendapat orang lain supaya mereka pula boleh memberikan pandangan.


1. Resume bukan riwayat hidup anda
2. Jumlah halaman resume adalah tidak penting
3. Gunakan kata kerja aktif
4. Gunakan nahu, tatabahasa dan ejaan yang betul
5. Gunakan penomboran sebagai daya penarik
6. Pendidikan
7. Senaraikan kursus yang diikuti
8. Senaraikan aktiviti luar
9. Kemahiran Khusus
10. Gambar
11. Butiran Peribadi
12. Gaji
13. Rujukan
14. Jadikan permohonan anda menarik
15. Elakan resume yang standard
16. Elakkan surat iringan yang standard
17. Mulakan penyelidikan anda sekarang
18. Berhati-hati dengan laman web
dan
. Lupakan format tradisional

Sumber: KEMENTERIAN sumber MANUSIA

perseDIAAN mengHADAPI temuDUGA